9:47 AM | Author: Roseharyati Binti Shahar

Pertama-tamanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Dr Saemah Abdul Rahman dan Dr. Siti Hajah Fatimah Mohd Yassin kerana sudi menerima saya dalam kumpulan Rakan Ilmiah 2008 ini. Pada mulanya, saya tidak begitu yakin untuk menyertai kumpulan ini, memandangkan pengetahuan saya dalam bidang ICT yang kurang, namun atas galakan dan dorongan daripada sahabat yang lain serta tunjuk ajar yang tidak pernah putus daripada penyelia dan rakan menyebabkan saya semakin bersemangat untuk mencuba dan sehingga sekarang, terhasillah 4 buah blog.

TUGASAN PERTAMA
Tugasan pertama yang diberikan kepada kami ialah memilih satu tajuk yang bersesuaian dengan salibus pelajaran Pendidikan Islam serta diintegrasikan dengan pembelajaran ICT .Fikir punya fikir akhirnya saya mengambil keputusan memilih tajuk mengenai ibadah Qurban dan Aqiqah maka lahirlah tajuk "PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN QURBAN DAN AQIQAH”.

Untuk kajian ini saya dan rakan-rakan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 4 blog yang berasingan.1. Blog peribadi/personal (optional) 2. Blog tentang proses anda menjalani latihan ilmiah (anda perlu mencatatkan refleksi setiap proses yang ada lalui semasa membuat latihan ilmiah ini (proses kajian dan refleksi metakognitif) 3. Blog tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda yang telah dipilih dan dinilai berdasarkan standard pemikiran (pemikiran kritikal) 4. Blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda (pemikiran kreatif anda)

PERJALANAN BERMULA...

Baru lepas peringkat fikir tajuk..sekarang peringkat membina blog pula..PERCUBAAN PERTAMA saya dalam membina blog????eemmm...saya bermula dengan ”zero”..tak tahu apa2..Kawan-kawan yang banyak membantu. Mula dari membina blog sehinggala proses mancari template. Belajar punya belajar..akhirnya saya dapat rentak sendiri bagaimana membina blog-blog yang seterusnya..Alhamdulillah..Terima kasih sangat2 pada kekawan yang membantu. Bila dah tahu...rasala seronok sangat..rasa bersemangat..tapi ada cabaran lain pula..Antaranya..INTERNET LEMBAB...itulah masalah utama yang membuat saya dan kekawan tensen..masalah ini banyak membuang masa kami..huhuhu..cabaran lain pula..PEMILIHAN TEMPLATE yang menarik..hehehe..penting gak ni..tgk kekawan lain blog cantik2, saya pun nak gk..Seterusnya, barulah saya cuba meneroka apa yang sepatutnya dimuatkan dalam blog supaya menarik dan bersesuaian.Di dalam proses mencari maklumat dan hiasan yang bersesuaian, saya menjadi berani mengexplore internet. Banyak maklumat dan bahan-bahan yang di dapati yang mana sebelum ini saya tidak tahu mendapatkannya. Dalam proses ini juga, saya juga memerlukan proses kemahiran berfikir secara kritikal untuk mendapatkan sesuatu bahan dan maklumat supaya apa yang diambil menepati dengan kehendak yang ditetapkan serta bersesuaian untuk proses pengajaran dan pembelajaran





Sebelum saya membangunkan blog ini, saya membuat lakaran apa yang sesuai dan hendak dimasukkan di dalam blog ini.
Pertama sekali, saya mencari tajuk yang sesuai untuk dimuatkan. Saya memilih tajuk Ibadah Puasa sebagai hasil pembelajaran di dalam blog ini. Hal ini kerana masih ramai Umat Islam tidak memahami dengan mendalam konsep Ibadah Puasa yang sebenarnya. Dengan berpandukan peta konsep yang dibuat mengenai tajuk Ibadah Puasa ini, barulah saya nampak lakaran untuk membangunkan blog ini.
Seterusnya, Saya mencari bahan-bahan yang sesuai untuk dimuatkan di dalam blog ini. Saya mencari pelbagai bahan di dalam buku, internet, majalah dan sumber-sumber yang boleh dipercayai untuk dibuat rujukan. Namun tidak semua apa yang ada di dalamnya boleh di ambil sebagai panduan. Saya perlu membaca, memahami, menganalisis terlebih dahulu sebelum mengambilnya sebagai panduan untuk dinuatkan di dalam blog P&P ini.
Selepas itu, saya menaip isi-isi penting mengenai tajuk Ibadah Puasa berpandukan Peta Konsep yang telah dibuat. Saya mengikut urutan yang telah disediakan bagi memudahkan pembaca melihat serta membaca isi kandungan yang di pamerkan. Seterusnya saya mencari gambar-gambar yang berkaitan, serta membuat power point bagi memudahkan pembaca untuk melihat isi kandungannya.
Akhir sekali, saya memikirkan adakah Laman Web Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan Web (Ibadah Puasa) ini berkesan untuk digunakan oleh pelajar? Apa yang saya harapkan kandungan yang dimuatkan di dalm blog ini dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada orang yang membacanya. InsyaAllah
.
HIKMAH AQIQAH
8:22 AM | Author: Roseharyati Binti Shahar



  • Mengeratkan silaturrahim antara ahli keluarga, jiran, dan sahabat handai

  • Menjamu selera kepada fakir dan miskin

  • Tanda kesyukuran dan mengisytiharkan kelahiran bayi.

  • Menanam jiwa supaya suka berbelanja untuk kebajikan

  • Tanda kesyukuran mendapat cahaya mata bagi suami isteri
UJI MINDA ANDA
8:18 AM | Author: Roseharyati Binti Shahar
1- Pilih waktu menyembelih binatang qurban berakhir.
A) Apabila selesai solat Hari Raya Qurban
B) Apabila terbenam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah
C) Apabila masuk hari kedua Hari Raya Qurban
D) Sebaik matahari terbit pada 13 Zilhijjah

2- Binatang yang layak dijadikan qurban
A) lembu dan kerbau yang berumur dua tahun
B) kambing dan biri-biri yang berumur 1 tahun
C) lembu, kerbau dan kambing yang berumur 2 tahun
D) lembu, kerbau dan unta yang berumur 5 tahun

3- Nyatakan 3 golongan yang layak menerima pembahagian daging qurban
A)- 1/3 daging disedekahkan kepada ___________________________
B)- 1/3 diberi kepada ___________________________________
C)- 1/3 dimakan oleh _______________________________


4- Berikut ialah perkara sunat aqiqah kecuali
A) berdoa sebelum sembelihan
B) daging dimasak manis sebelum dijamu
C) daging disedekahkan setelah dimasak
D) daging aqiqah boleh dijual

5- a) bezakan pengertian antara qurban dan aqiqah
b) Huraikan hikmah qurban dan aqiqah bagi masyarakat Islam
11:34 AM | Author: Roseharyati Binti Shahar
SALAM SEMUA......
JOM KITA WT BLOG BARU...